Di
dunia adalah tempat beramal tiada balasan.
Di akhirat adalah tempat
balasan tiada amal.
Beramallah di tempat yang tiada
balasan
insyaAlloh bahagia di tempat yang tiada amal.
Kenikmatan
di dalam Syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Qur'an adalah
kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi
isteri-isteri orang-orang Mukmin di Syurga nanti.
1. "Di sisi mereka ada
bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya,
seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan
baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di dalam syurga itu ada
bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah
disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang
menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]:
56)
4. "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka tidak pernah
disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang
menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]:
74)
8. "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "Mereka bertelekan di atas
dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan
bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami
menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan
mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs.
Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12.
Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu
Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,“Wahai Rasulullah,
jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata
jeli”.”
Baginda menjawab,“Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi,“Wahai
Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “Laksana mutiara
yang tersimpan baik.” (Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda menjawab,“Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi,“Wahai
Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “Di dalam Syurga-syurga ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda menjawab,“Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”
Saya berkata lagi,“Jelaskan
padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang
tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda
menjawab,“Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian
dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut
putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda menjawab,“Mereka adalah
wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan
beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia
menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah,
mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Setiap
lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada
umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang
berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi
keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya
orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka
bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka;
dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada
mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang
telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan
dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata
jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah
bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan
tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya
diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut
tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar.
Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke
dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya
tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap
tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10
pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan
permata."
"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka
diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta
bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses
kelahiran.
Kejelitaan digambarkan
seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara
lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya.
Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani.
Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin
atau manusia sebelum mereka."
"Sangat putih kulitnya. Bermata
jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan,
bahkan lebih jernih dan lebih bercahaya. Lebar matanya disertai bulu
mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang
tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum
betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya
selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan
Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau
harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan
bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan
seisinya."
Kisah
mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam
al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. adalah sebagai motivasi kepada
orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini
adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan
yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia
ini.
Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka
yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran
akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah
s.w.t.
Setiap orang Mukmin yang
sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan ikhlas untuk
mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya disana,
dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang
masih berada didunia lagi.
Bidadari-bidadari yang berada
di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati
bakal suami-suami mereka kerana isteri yang di dunia ini adalah
sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di Syurga adalah
isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.
TERDAPAT SATU KISAH MENGENAI BIDADARI MENANTI UNTUK MENJADI ISTERI ORANG YANG BERTAQWA.
Pada suatu musim haji Abu
Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan
berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah. Di tengah perjalanan,
dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.
Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan
teman-temannya.
"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?"
"Boleh."
Maka pemuda itu pun bergabung
dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah. Sepanjang
perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti
istirehat pula terus mengerjakan solat.
Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah.
Di kala orang lain sedang rehat
atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan
pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah. Dia kelihatan tidak
letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat
sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.
Setelah
beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan
masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Begitu juga dengan pemuda
soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu
Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya.
"Wahai anakku, aku lihat engkau
begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih. Apakah yang mendorong
engkau berbuat demikian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan
mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam
tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu
bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu
bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah
secantik itu sebelumnya.
Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah si pemuda
menceritakan mimpinya yang sangat menarik. Dan mimpi itu pulalah yang
membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat
kepada Allah. Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan
dapat.
Setelah mendengar kisah
tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan
untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.
SUMBER
SUMBER
0 Komentar